BIDANG 1 - PERKEMBANGAN DIRI
1.1 KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi
segala suruhan Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan
prinsip Rukun Negara
1.2 AMANAH
Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan
dan keyakinan orang lain
1.3 HARGA DIRI
Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga
maruah diri dalam kehidupan
1.4 BERTANGGUNGJAWAB
Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan
tugas serta kewajipan dengan sempurna
1.5 HEMAH TINGGI
Beradap sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan
seharian
1.6 TOLERANSI
Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi
mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan
hidup
1.7 BERDIKARI
Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung
kepada orang lain
1.8 KERAJINAN
Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan,
kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara
1.9 KASIH SAYANG
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan
yang lahir daripada hati yang ikhlas
1.10 KEADILAN
Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat
sebelah
1.11 RASIONAL
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan
dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar
1.12 KESEDERHANAAN
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan
tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan
kepentingan diri dan orang lain
BIDANG 2 - KEKELUARGAAN
2.1 KASIH SAYANG TERHADAP KELUARGA
Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan
berkekalan terhadap keluarga
2.2 HORMAT DAN TAAT KEPADA ANGGOTA KELUARGA
Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan
memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni
2.3 MENGEKALKAN TRADISI KEKELUARGAAN
Menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan,
adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun temurun dalam keluarga
2.4 TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA
Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu
terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan
menjaga meruah keluarga
BIDANG 3 - ALAM SEKITAR
3.1 MENYAYANGI DAN MENGHARGAI ALAM SEKITAR
Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam
sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem
3.2 KEHARMONIAN ANTARA MANUSIA DENGAN ALAM SEKITAR
Keadaan saling memerlukan hubungan harmonis antara manusia
dengan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling
terpelihara
3.3 KEMAPANAN ALAM SEKITAR
Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai
tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup
3.4 PEKA TERHADAP ISU-ISU ALAM SEKITAR
Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam
sekeliling dan berusaha menyelesaikannya
BIDANG 4 - PATRIOTISME
4.1 CINTA AKAN NEGARA
Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan
kepentingan negara melebihi kepentingan diri
4.2 TAAT SETIA PADA RAJA DAN NEGARA
Kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada Raja dan
Negara
4.3 SANGGUP BERKORBAN UNTUK NEGARA
Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa
sebagai tanda kebaktian untuk negara
BIDANG 5 - HAK ASASI
5.1 MELINDUNGI HAK KANAK-KANAK
Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi
menjamin kehidupan mereka yang sempurna
5.2 MENGHORMATI HAK WANITAMelindungi dan mengiktiraf wanita
sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga,
masyarakat dan Negara
5.3 MELINDUNGI HAK PEKERJA
Menghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan, jasa
dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan Negara
5.4 MENGHORMATI HAK GOLONGAN KURANG BERUPAYA
Memberi layanan yang bersopan kepada golonga kurang berupaya
supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan
5.5 MELINDUNGI HAK PENGGUNA
Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna
yang berilmu, mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak
mudah dieksploitasi
BIDANG 6 - DEMOKRASI
6.1 MEMATUHI PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah
ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada
6.2 KEBEBASAN BERSUARA
Kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan
tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman
6.3 KEBEBASAN BERAGAMA
Kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan
agamanya seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia
6.4 PENGLIBATAN DIRI DALAM PEMBANGUNAN NEGARA
Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti
pembangunan negara dengan memetuhi peraturan, undang-undang dan Perlembagaan
Malaysia
6.5 SIKAP KETERBUKAAN
Bersedia memberi dan menerima pendangan, pembaharuan dan
kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia
BIDANG 7 - KEAMANAN DAN KEHARMONIAN
7.1 HIDUP BERSAMA SECARA AMAN
Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan
kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya
7.2 SALING MEMBANTU DAN BEKERJASAMA
Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada
peringkat individu, komuniti atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat
7.3 SALING MENGHORMATI ANTARA NEGARA
Menghargai dan memuliakan hubungan antara negara untuk
menjamin kesejahteraan sejagat